KESIHATAN DIRI –MASALAH KEGEMUKAN/OBESITI
MAKSUD
OBESITI
OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di
dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila
tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu
dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan
masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan
sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
|
Tips makan |
Nabi saw bersabda:
“Jauhilah kamu daripada sangat kenyang pada makan dan minum kerana sesungguhnya ia merosakkan tubuh, mendatangkan penyakit dan memalaskan untuk mendirikan sembahyang malahan hendaklah kamu bersederhana dalam keduanya kerana sesungguhnya ia lebih baik bagi tubuh dan amat jauh dari sikap berlebih-lebihan.”
-Riwayat Bukhari.
